Wednesday, January 4, 2017

rumah sewa shah alam murah

Bilik untuk disewa 📢
*KONDOMINIUM KRISTAL SEKSYEN 7  (BLOK 1)*

*PEREMPUAN SAHAJA*

*3 KEKOSONGAN*

*KEMASUKAN FEBRUARI*

▪Master bedroom with toilet attached
▪Sewa sebulan RM208.40 (termasuk api+air+unifi)
▪Deposit 1 bulan (RM185)
▪ Ruang untuk belajar
▪ Fully furnished
Mesin basuh auto + dapur memasak + peti ais + katil + almari + ampaian
▪ Pengawasan security 24jam
▪ Parking
Berdekatan:
•Pusat Komersial Seksyen 7
•Restoran Hakim 24j
•7e
•Hospital Shah Alam
•Giant Seksyen 7
•Pertronas (maybank)
•Shell (cimb)
•Uitm Shah Alam
•Unisel
etc

feel free untuk datang tgk rumah. 
Untuk pertanyaan lebih lanjut hubungi (whatsapp/call)
📞Aqilah - 0145186984
📞Syafeeqa - 019 212 0271
📞Fatin  - 0177034161

Wednesday, December 21, 2016

Resepi Tart Telur


hidangan; 50 biji tart bersaiz sederhana
masa penyediaan: 1 jam 
Inti Tart

Bahan A
1 tin susu Cair
1 Cwn Air Suam

Bahan B
1/3 Cwn Gula Pasir
1 Sudu Kecil Esen Vanilla
5 Biji Telur A
Sedikit Pewarna Kuning
1/2 cawan tepung kastard

1. Kacau gula dan air suam hingga gula larut dan sejukkan (bahanA)
2. sementara itu, campurkan semua bahan B sehingga sebati.
3. kemudian campurkan bahan B kedalam bahan A
4. Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yg telah dibakar terlebih dahulu tadi
5. Bakar semula dalam oven dgn suhu 180C mengikut kepanasan oven masing selama 20 minit


Tart shell

170g marjerin
50g gula aising
1 biji telur Gred C
290g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu/ spatula sehingga sebati (cukup sekadar gulanya sudah hancur)
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5. Bakar pada suhu 160C selama 10 minit atau sehingga masak (berwarna kuning keemasan).

TIPS 😜😝
1. Untuk mendapatkan doh shell tart yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
2. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dasar tart dengan garfu sebelum dibakar.
3. Bagi mengelakkan dasar tart menggelembung, kita boleh letakan kekacang seperti badam di dalamnya. (seperti di dalam gambar). kalau culinary termnya kita panggil blind bake.



4. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling tart telur.

Selamat Mencuba!!