hidangan: 32 potong
loyang: 10 x 10 inch
tempoh masa siap pembuatan: 1 jam 15 minit
BAHAN A
400g coklat masakan (dark chocolate compound)
150g unsalted butter (buttercup)
BAHAN B
100g gula perang (brown sugar)
100g gula kastor (castor sugar)
4 biji telur (gred A eggs)
1 tbsp esen vanilla (vanilla essence)
BAHAN C
100g tepung naik sendiri (multipurpose flour)
30g serbuk koko (cocoa powder)
cara cara memasak
1. panaskan oven selama 15 minit pada suhu 180 darjah celcius.
2.
Bekas A
double boil coklat masakan yang sudah dipotong kecil bersama butter sehingga cair dan sebati.
3.
Bekas B
campur semua bahan B dan di gaul sebati.
4. Ayak tepung dan serbuk koko dan campur kedalam bekas B dan digaul sebati.
5. Kemudian campurkan bahan bekas A ke dalam bekas B dan digaul sebati.
6. bakar adunan selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius (bergantung kepada jenis oven dan saiz loyang)
ππTIPSππ
1. Membuat brownies cukup mudah kerana tidak perlu menggunakan mixer. Hanya gaul dengan wisk atau senduk kayu sahaja. Gaul pun tak perlu kuat-kuat sekadar adunan sebati sudah memadai.
2. loyang perlu disapu butter sebelum tuang adunan atau dialas dengan baking paper sahaja.
3. jika kali pertama anda bake brownies, make sure regularly check sama ada brownies sudah masak atau belum. jika belum tambah masa lagi.
4. cucuk tengah brownies dengan lidi atau garfu, jika brownies sepenuhnya masak tiada adunan yang melekat pada lidi.
5. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.
6. jenis coklat masakan dan serbuk koko yang dipilih mempengaruhi kelazatan brownies
7. lebih enak dihidang bersama sos coklat sebagai toping brownies.
8. adunan boleh dicampur dengan kekacang untuk kepelbagaian rasa.
hey! tag or mention me if your brownies doing great with this recipe and tips.
fb: ich bin epira
ig: feyrazakaria
twitter: @feyrazakaria
SELAMAT MENCUBA! ππππ